Saturday, December 15, 2012

TAMAN HERBA..


Trend penanaman herba secara sebagai tanaman hiasan adalah masih baru. Kebanyakan tumbuhan landskap yang terdapat di bandar-bandar merupakan tumbuhan ornamental yang mempunyai nilai estetik yang cantik dan menarik.Tidak banyak tumbuhan aromatik dan herba yang digunakan sebagai sebahagian daripada tanaman landskap. Keindahan landskap akan lebih menarik jika tumbuhan hiasan turut diselang-selikan dengan tumbuhan aromatik dan herba sebagai salah satu identiti yang mempunyai nilai eksotik untuk menunjukkan kekayaan sumber alam semulajadi negara ini yg sudah tentu mempunyai khasiat tersembunyi.

Berikut adalah beberapa jenis herba dan khasiatnya:

Beluntas - Boleh dibuat sebagai ulam dan dapat membantu menghilangkan sengal-sengal tulang serta sakit pinggang

Bebuas – Boleh mengurangkan angin dalam badan, menambahan susu ibu, mengubati kecacingan dan menguatkan tenaga dalaman

Pandan- Rambut akan menjadi bersih, lebat dan di samping itu dapat menyejukkan kepala

Lilipan- Getah lilipan di bahagian daunnya baik untuk menghilangkan bengkak, patah tulang, luka berdarah dan mengurangkan pembengkak bisul

Siantan- hampir semua bahagiannya boleh mengubati penyakit anoreksia dan muntah.

Daun manis – pengganti gula bagi pesakit kencing manis.

Rossele - kandungan vitamin C nya tinggi boleh menjadikan awet muda, bersifat anti oksidan utk mencegah kanser,boleh menurunkan demam panas, juga penawar resdung dan alahan.

Dukung anak – merawat penyakit berkaitan buah pinggang dan hati seperti jaundis dan hepatitis B. Ia juga digunakan untuk rawatan masalah batu karang, malaria, asma, kencing manis, darah tinggi, gigitan serangga berbisa dan cirit birit.

Ulam raja – boleh mencuci darah dari bahan toksid dan juga dapat menguatkan tulang. klorofom yang diekstrak dari daun ulam raja mengandungi costunolide, stigmasterol, lutein dan bipyridine yang dikatakan dapat merencatkan aktiviti sesetengah bakteria dan fungus seperti candida albicans dan Bacillus subtilis dan juga E.choli.

Misai kucing - diminum sbg teh,boleh membantu tubuh kita mengeluarkan bendalir berlebihan terutamanya dari sendi.Ia mengandungi kandungan kalium yang mencukupi untuk menggantikan kehilangan kalium dari badan semasa pembuangan air kencing.Ia juga tidak mendatangkan masalah pada buah pinggang seperti kebanyakan ubat-ubat moden. selain itu ia juga dapat merawat penyakit lain seperti gout, athriris, reumatik dan penyakit batu karang.Ia juga dpat mencegah pembentukan batu karang.Ia juga terkenal dengan khasiatnya untuk merawat kencing manis dan menurunkan tekanan darah tinggi

Teratai- jus dari daunnya boleh merawat cirit birit serta buasir. Bijinya digunakan untuk merawat demam dan insomnia kerana cirinya yang menyejukkan.

Halia –merawat luka, mencegah jangkitan parasit, masalah berkaitan penghadaman, angin serta memanaskan badan

Kunyit- membantu menyembuhkan luka di dalam badan, membantu proses pencernaan serta menghilangkan selesema, digunakan sebagai jamu untuk ibu selepas bersalin bagi mengecutkan rahim serta mencuci darah. Isi kunyit boleh membantu melancarkan darah, menghilangkan kesan lebam dan darah beku.

Tips merekabentuk lanskap herba
Untuk memperindah lanskap, kita boleh mencuba Konsep Edible Garden (taman yang boleh dimakan) telah diperkenalkan oleh MARDI. Konsep ini sesuai dgn gaya hidup penghuni kota yang sentiasa sibuk kerana prosesnya mudah, taman tidak perlu diselenggara setiap hari sebaliknya hanya menggunakan peralatan “timer” yang mengairi dan membajai mengikut masa yang telah ditentukan.Tanaman yang sesuai ditanam ialah yang bercambah dalam jangka masa pendek seperti sawi, tomato, pudina, serai,pandan,terung dan sebagainya.

Menariknya konsep taman seperti ini lebih menggunakan kaedah fertigasi, iaitu yang berasaskan hidroponik (menanam tanpa menggunakan tanah). Kebaikannya, tanaman tidak dijangkiti penyakit akar seperti Pythium, Fusarium Rhizoctonia dan penyakit layu daripada bakteria di bawah tanah. Tanaman juga dapat ditanam di mana-mana ruangan tanah, asalkan mendapat cahaya matahari untuk fotosintesis.
Selain kaedah fertigasi, kaedah minifertigasi turut diperkenalkan. Kaedah ini lebih mudah dengan hanya menggunakan sekam bakar dan habuk sabut kelapa di samping medium lain seperti pasir dan batu granit.

Akhir kata, tips merekabentuk taman herba anda adalah (1) memastikan gabungan yang sesuai seperti bunga tahi ayam dan tomato.(2) Untuk kesan eksotik, buatkan pergola dan gantung pokok anda. (3) gunakan sabut kelapa kering untuk menutup celah-celah ruang.
Ini sekadar tips ringkas, bagaimana pula dengan ANDA? Pasti anda lebih berinformasi tentang taman herba.-drumah

0 comments:

Post a Comment