Monday, December 10, 2012

Dapur Klasik Inggeris Memikat Jiwa


INFO RINGKAS DAPUR
Pemilik : Wan Bahruddin Wan Ibrahim & Rahimah Datuk Ali
Jenis kediaman :Semi D
Lokasi : Shah Alam
Konsep dapur : Klasik Inggeris
Material kabinet dapur kering : Kayu nyatuh & kayu jati
Material kabinet dapur basah : Kayu jati
Material kaunter top dapur kering : Marmar
Material kaunter top dapur basah : Jubin 2 kaki x 2 kaki
Kos kabinet : RM 26,000
Komposisi unit dapur kering : * Kabinet tunggal pada pelan lantai I menempatkan unit singki, ruang storan dan ruang penyediaan hidangan
Komposisi unit dapur basah : *Satu unit rekaan kabinet pada pelan lantai I membentuk ruang memasak, ruang storan dan unit singki.
Keluasan dapur kering : 20 kaki
Keluasan dapur basah : 11 kaki

Terpesona dengan rekaan dan kelebihan perabot kayu mendorong Rahimah Datuk Ali dan Wan Bahrudin Wan Ibrahim menghadirkan perabot ini hampir di keseluruhan kediamanya. Perabot kayu mempunyai nilai seni yang bermakna buat pemiliknya.

“Saya suka perabot kayu kerana sifatnya yang tahan lama dan tak lapuk dek zaman. Perabot ini saya reka sendiri umpamanya meja makan, kaunter bar dan buffet & hutch. Asalnya hanya menemani kakak sepupu ke Kota Japara, Indonesia untuk memilih perabot yang dijualnya. Saya juga terpaut lalu membelinya untuk kegunaan sendiri. Minat akan kesenian perabot kayu akhirnya saya terlibat secara langsung dengan perniagaan berkenaan dari tahun 2002 hingga kini dengan menjualnya kepada saudara mara dan teman terdekat. Sebelum berpindah ke kediaman ini, rumah di Kerteh menjadi ruang pameran untuk perabot jati. ” ceritanya. Ruang dapur juga tata hiasnya hebat mengikut sentuhan peribadi pemiliknya. Jelmaan dapur yang diwujudkan Rahimah mengikut perencanaan yang teliti atas kehendaknya kerana ruang dapur merupakan ruang utama baginya mengolah makanan untuk keluarga . Oleh itu pemilik mahukan kesempurnaan di ruang itu agar mudah baginya membuat kerja dengan efisien.

“Memandangkan kediaman ini menjadi lokasi utama untuk keluarga berkumpul, saya menyediakan ruang dapur yang selesa apabila sesekali berkumpul. Ruang makan juga luas di mana selain menyediakan ruang makan formal bersebelahannya ditempatkan meja kayu sebagai ruang ekstra untuk menjamu selera. Ruang ini lebih santai kerana ia berdekatan laman.” ujar Rahimah. Dapur berkonsep Klasik Inggeris menjadi pilihan kerana pengaruh bahan bacaan seperti Beautiful Homes yang banyak mengetengahkan kediaman berkonsep sedemikian di mana ia menepati jiwa pemilik. Minat yang ada di dalam bidang dekorasi tentu sahaja digunakan sepenuhnya oleh pemilik untuk bereksperimen. Persembahan dekorasi yang dilakukan secara bersahaja digarap dengan gaya klasik Inggeris, mempunyai tarikan tersendiri buat sesiapa yang memandangnya.

DAPUR LUAS UNDANG KESELESAAN

Sebaik berpindah ke kediaman baru, perkara pertama yang dilakukan Rahimah ialah membesarkan ruang dapur basah. Dapur basah merupakan nadi utama kediaman kerana pemilik banyak menghabiskan masa di ruang dapur basah. “ Saya mahukan dapur yang luas mudah untuk bergerak tanpa banyak sekatan. Tambahan pula keluarga sering berkumpul dan ruang memasak perlulah besar. Maka tanah berlebihan di belakang kediaman seluas 20 kaki x 30 kaki digandakan penggunaan menjadi dapur basah. Saya bertuah kerana kontraktor memberikan kerjasama yang baik semasa proses tersebut dilakukan. Material binaan untuk dapur basah semuanya pilihan saya. Saya pergi sendiri ke kedai bahan binaan untuk memilih material yang menepati
untuk ruangan dapur basah,”jelas Rahimah.

Proses ubah suai berlarutan hingga tempoh dua bulan. Pilihan material yang menyerupai konsep dapur tradisional berjaya dicetuskan oleh pemilik. Umpamanya binaan struktur kayu sebagai siling memberi karakter tersendiri untuk ruang dapur basah. Elemen kayu mendominasi ruang dapur basah di mana siling plaster tidak digunakan sebaliknya menggunakan kerangka kayu. Pilihan batu slate diaplikasikan pada sebahagian dinding dan ruang memasak berkanopi hasil pengaruh dapur klasik tradisional. “ Kayu cengal digunakan kerana cirinya yang tahan lasak biarpun kosnya agak tinggi. Kayu cengal ini ditempah khas dari Terengganu. Manakala jubin di bahagian dapur memasak ditempah khas dengan motif bersesuaian konsep. Agar ruang dapur basah tidak didasari oleh kegelapan batu slate, saya gandingkan dinding tersebut dengan batu-bata rona merah ” jelasnya Aplikasi lantai terracota memberi keselesaan semasa memijak dan cirinya yang tahan lasak sesuai untuk ruang dapur basah. Jelmaan dapur basah memberikan kontras warna yang menarik dan berkarakter.

Sebuah meja berlaci daripada kayu jati menjadi kaunter pulau dan berfungsi untuk penyediaan makanan. Kabinet kayu jati rona putih dengan ukiran di pintu menghiasi ruang dapur basah. Buffet & hutch daripada kayu jati turut mengisi ruang dapur basah. Ia menjadi ruang ekstra untuk penstoran periuk . Rak kayu menempatkan koleksi rempah ratus dan barangan kegunaan untuk memasak.-Sumber Karangkraf.

0 comments:

Post a Comment