Laman Yang Indah...

Miliki Laman Yang Menarik dan Selesa,Untuk santai bersama keluarga tersayang,jadikan kediaman anda sebagai taman...

Hiasan Laman

Miliki Rumah Idaman...

Pilihan ditangan anda...Miliki kediaman idaman anda,dengan rekabentuk yang terkini dan menarik ...

Rumah

Hiasan Dalaman ...

Hiasan Dalaman terkini dan menarik,menyerikan kediaman idaman anda...

Hiasan Dalaman

Info dan Tips...

Pelbagai tip dan info menarik untuk dikongsi bersama...

Info/tips

Perkhidmatan Terbaik...

Menyediakan Perkhidmatan yang berkualiti dan terbaik...

Services

Services Terbaik...

Layanan dan services terbaik menanti anda,kepuasan pelanggan adalah idaman dan harapan kami...

Services

Online Shopping...

Barang yang mahal tak semestinya berkualiti,barang yang berkualiti tak semestinya mahal,pelbagai jenis...

Promosi
  • Laman Indah
  • Rumah
  • Hiasan Dalaman
  • Info/Tips
  • Perkhidmatan
  • Services
  • Promosi

Saturday, December 15, 2012

Menyejukkan Ruang Dalaman Rumah


Adakah anda mendapati ruang dalaman rumah anda berasa panas? Sejak akhir-akhir ini suhu semakin meningkat disebabkan oleh pemanasan global. Kini anda tidak perlu lagi risau kerana terdapat beberapa teknik yang dapat membantu untuk menyejukkan ruang dalaman rumah anda.

1) Apabila anda ingin menukarkan siling asbestos kepada siling lain, tukarkanlah kepada fiber cement board. Siling jenis ini lebih murah dan senang diperoleh. Untuk memastikan ruang dalaman kelihatan sejuk, alaskan dengan fiberwool insulation. Ramai yang terpedaya dengan menggantikan kepada siling kumai di mana siling ini lebih mahal dan juga menjadikan ruang dalaman kelihatan rendah serta bersuhu panas. Siling baru eloklah dipasang mengikut bentuk bumbung supaya pasak kayu bumbung boleh dilihat. Siling yang tinggi juga mampu untuk menjadikan ruang dalaman rumah anda sejuk.

2) Anda disarankan untuk menggunakan ‘flourescent bulb’. Lampu jenis ini menawarkan jumlah kuantiti cahaya yang sama seperti ‘incandescent bulbs’ tetapi lampu ini mengeluarkan sedikit haba. Selain itu ‘flourescent bulbs’ juga kurang menggunakan tenaga elektrik.

3) Tanaman hiasan dalaman juga boleh diletakkan di sudut rumah anda. Selain menjadikan ruang rumah anda kelihatan lebih segar dan menarik, ia juga dapat membantu menyejukkan ruang dalaman. Antara pokok hiasan hidup yang sesuai diletakkan di dalam rumah ialah ekor kucing, pokok palma, Anthurium sp.,Caladium sp., Dieffenbachia sp., Begonia sp. dan sebagainya.

4) Anda juga boleh mengecat dinding rumah dengan menggunakan warna yang cerah seperti biru cair, kuning cair dan sebagainya. Ini dapat membantu ruang dalaman rumah anda lebih sejuk kerana warna cerah dapat memantulkan semula cahaya. Selain itu, rumah anda juga akan kelihatan lebih cantik, tenang dan segar.

5) Anda digalakkan untuk memasang awning. Awning dapat membantu melindungi rumah anda dari cahaya matahari yang terlampau.

6) Jangan meletakkan penghawa dingin berhampiran televisyen atau pon komputer. Ini kerana televisyen dah komputer mengeluarkan haba yang banyak dan ini sekaligus membuatkan penghawa dingin terpaksa beroperasi lebih untuk menyejukkan ruang rumah anda. Selain itu, meningkatkan jumlah tenaga elektrik-drumah.
Posted by Unknown 0 comments

Awas dengan tanaman hiasan yang cantik tapi berbahaya


Tidak dinafikan ramai yang suka menghias landskap, sama ada di kawasan kediaman, pejabat atau ruang perniagaan. Elemen natural seperti tumbuh-tumbuhan menjadi pilihan ramai. Namun demikian, kita perlulah bijak memilih jenis tumbuhan untuk menghias. Ini kerana, kebanyakan tumbuh-tumbuhan hiasan itu cantik tetapi ada yang beracun dan membahayakan kesihatan kita. Kebanyakan tanaman diketahui mengandung sekian jumlah racun (seperti alkaloids) untuk mekanisme pertahanan dirinya. Jadi, kenali jenis tumbuh-tumbuhan yang sesuai untuk anda.

1. Tumbuhan yang beracun
Tumbuhan berduri, beracun, atau mempunyai getah yang gatal tidak sesuai ditanam sekiranya mempunyai anak-anak kecil. Contohnya spesies tumbuhan berikut:

- Bunga Jepun Thevetia sp; Oak leaf Euphorbia sp; Bunga cina Tabernaemontana sp. – Getahnya gatal
- Kecubung Datura sp; – Daun , bunga , buah yang memabukkan
- Buta-buta Excoecaria sp; dan Tulang-tulang Euphorbia tirucalli -Getah beracun
- Bunga loceng Allamanda cathartica;
Getah beracun (seluruh tumbuhan) 
- Adenium Adenium obesum Getahnya boleh jadi racun ikan
- Jarak buncit Jatropha podagrica
Boleh menyebabkan koma kalau makan
- Saga laut Abrus precatorius; Biji beracun (1 biji boleh membunuh)
- Balung ayam Celosia argentea
; Daun beracun
- Keladi hiasan Caladium
sp; jusnya beracun
- Bunga tahi ayam Lantana camara; buahnya beracun boleh membawa maut
- Bushmanspoison
- digunakan oleh suku Khoisan di Afrika Selatan sebagai racun untuk anak-anak panah mereka. Meski tanaman ini berbunga harum dan buahnya yang enak, tetapi getahnya merupakan racun berbahaya. Daun-daunnya sendiri boleh dijadikan bahan obat-obatan. Racunnya ini juga dikenal dengan sebutan “wintersweet”.
- Angel’s trumpet
-sejenis penyebab halusinasi yang seharusnya tidak digunakan kerana boleh pengsan Kandungan aktifnya adalah atropine, hyoscyamine dan scopolamine yang diklasifikasikan sebagai zat penghilang kesadaran atau anticholinergics.

2. Begitulah juga bagi penggemar tanaman herba. Terdapat herba beracun seperti:
- Bintangur Laut
– Keseluruhan pokok terutama daun dan bijinya didapati mengandungi minyak perengsa yang mengakibatkan loya, muntah-muntah dan cirit-birit jika termakan. getahnya pula merbahaya kepada mata dan kulit.
- Bakung – Gel lendir atau jus pokok ini mengandungi racun alkaloid likori yang tahan haba. Sangat merbahaya jika termakan walaupun belum ada kes kematian yang dilaporkan.
- Balung ayam
– Bahagian daunnya dikesan mengandungi sejumlah bahan alkaloid. Ia tidak merbahaya jika direbus dahulu sebelum diambil sebagai ubatan tradisional namun dalam jumlah atau kepekatan yang tinggi, ia boleh memudaratkan kesihatan.
- Seri pagi – Bijinya yang matang dikesan mengandungi racun alkaloid indol yang boleh menyebabkan loya, muntah-muntah dan kabur penglihatan
- Kemunting cina- Daunnya yang tua mengandungi alkaloid beracun yang cukup merbahaya dalam keadaan mentah. Dos yang kecil digunakan untuk tujuan perubatan.
- Sesudu- Kulit yang terkena getah akan merengsa merah dan bagi mereka yang berkulit halus pula akan menunjukkan kesan bagaikan terkena asid. Pandangan mata yang terkena getah akan menjadi kabur dan bagi keracunan serius, buta sementara. Getahnya jika tertelan akan menyebabkan muntah-muntah dan diarea yang teruk.
- Biji kesturi (castor bean) - Racun tanaman paling berbahaya di muka bumi. Sebiji kecil kesturi cukup untuk membunuh seorang dewasa hanya dalam beberapa minit saja kerana racun ricin di dalamnya.
- Rosary pea
- akan menyebabkan demam, mual, mengeluarkan muntah berbusa, disfungsi gula darah, kejang-kejang, lalu menyerang ginjal, pendarahan retina, dan luka dalam yang sukar pulih.
Rumusannya, anda pasti terkejut jika sedar bahawa ada beberapa tanaman yang benar-benar sangat berbahaya tumbuh di sekitar kita, bahkan menghiasi meja makan kita? Jangan risau, setelah mengenali spesies tumbuhan yang berkenaan, semoga info di atas memberi manfaat.-drumah
Posted by Unknown 0 comments

Menjadikan Kamar Mandi Yang Menarik


Iklim panas lembab seringkali menjadikan tubuh kita berpeluh, berlengas dan tidak selesa. Ke mana lagi jika bukan kamar mandi lah tempat untuk menyegarkan tubuh dan memanjakan diri, merehatkan minda dan bersantai dengan aman.

Bayangkan bersantai di kamar mandi yang berbau harum sambil menikmati keindahan warna dinding dan jubin lantai, serta deruan air paip yang menyegarkan. Terutama, kamar mandi yang dilengkapi jakuzi atau tab mandi. Namun, bukan semua orang memiliki kamar mandi terbaik.

Tips di bawah pasti dapat membantu untuk menjadikan kamar mandi anda tempat yang melegakan:

1. Pencahayaan harus cukup kerana kamar mandi yang terang akan menjadikan diri kita lebih selesa. Terpulang pada kemampuan masing-masing untuk menggunakan lampu yang bagaimana. Ada juga orang gemar menggunakan lampu terang-benderang kerana semasa berendam, beliau membaca buku kegemarannya.

2. Jika kamar mandi sangat sempit, lekatkan cermin berukuran besar di salah sebuah dinding. Ini menghasilkan ilusi yang terbukti dapat menjadikan ruang sempit terasa lebih luas dan melegakan.

3. Sesuaikan perabot atau peralatan dalam kamar mandi dengan keperluan. Tidak perlu menempatkan tab mandi jika kita sememangnya jarang berendam, lebih-lebih lagi bagi ruang yang terbatas.

4. Selalu membersihkan kamar mandi, cermin, perabot-perabot di dalamnya agar tidak comot dek percikan sabun, detergen, syampu atau bahan lain. Kesan-kesan comot misalnya cermin menjadi kelabu atau jubin dinding kelihatan berdaki akan menyebabkan kita hilang selera untuk memanjakan diri. Ditambah jika kamar mandi berbau busuk.

5. Segarkan kamar mandi dengan bau-bauan dan harum-haruman yang digemari. Jika kita menggemari bau lavender atau camomil, gunakan lah untuk mengharumkan kamar mandi. Kamar mandi harus wangi sepertimana kita memerlukan keselesaan di kamar tidur.

6. Jika kita tidak mampu menghias kamar mandi dengan jubin dari lantai hingga dinding, kita boleh memilih cat yang sesuai dengan pencahayaan lampu. Walau bagaimanapun, penggunaan cat yang kalis air amat digalakkan walaupun harganya agak mahal.
Ini disebabkan cat mudah terkupas apabila terkena air atau wap di dalam kamar mandi, akhirnya rosak dan mencacatkan dinding.

Inginkan kamar mandi yang jauh lebih menarik?
Siapan dalaman asas seperti cat, jubin dan cermin bukan asing lagi bagi kita semua. Selain siapan yang asas, kita boleh menggunakan bahan lain untuk menghias kamar mandi sepertimana berikut:

1.Penggunaan border kertas dinding
Jika dinding kamar mandi tidak dilitupi oleh seramik keseluruhannya, kita gunakan border yang corak atau warnanya sesuai dengan jubin seramik dinding.
Kita boleh menampal border mengelilingi siling kamar mandi misalnya kerana kesan airy akan terhasil apabila memasuki kamar mandi dan melihat ke sekelilingnya.

2. Gaya tampalan jubin seramik
Jika hendak menampal keseluruhan dinding dengan jubin seramik, seeloknya ada gaya penampalan yang kreatif seperti menggunakan lis. Lis adalah jubin berasingan warna atau corak yang boleh ditampal sama ada di tengah, di tepi, ditampal sebagai border dan sebagainya.
Jika tidak menggunakan lis, memadai ditampal dengan stiker yang boleh dibeli di kedai-kedai hardware, harganya lebih rendah dan lebih banyak corak boleh dipilih, malah lebih mudah ditanggalkan dan diganti baharu.

3. Hiasan keranjang
Perhiasan seperti keranjang kayu, buluh atau rotan juga sesuai diletakkan di dalam kamar mandi. Ia boleh digunakan untuk menyimpan atau menyusun kelengkapan mandian, sekiranya kita tidak memiliki kabinet.

4. Hiasan bunga hidup atau pokok hiasan
Bagi penggemar bunga hidup, gunakanlah hiasan ini sebaik-baiknya. Hiasan bunga hidup turut memberikan aura kepada kamar mandi selain haruman aromaterapi atau lilin aromatik yang boleh dibeli di pasar raya.
Kita juga boleh meletakkan pasu-pasu berisi pohon hiasan yang kurang memerlukan cahaya matahari dan mudah dijaga seperti Madagascar Dragon Tree or Red Edged Dracaena, yang sesuai dalam suhu kamar mandi kerana ia tidak dapat hidup dalam cuaca panas terik.

Selain itu, pokok ini diiktiraf oleh NASA Clean Air Study dan didapati antara tanaman yang boleh membuang toksin di udara iaitu formaldehid. Ianya merupakan tanaman pembersih udara yang efektif dan antara tanaman terbaik membuang toksin jenis xylene dan trichloroethylene.
Atau, taburkan sahaja kelopak bunga ke dalam tab mandi anda. Keindahan kamar mandi bukan hanya di spa-spa atau pusat kesihatan. Taburlah kelopak bunga kegemaran seperti kelopak mawar ke dalam tab mandi kita agar serinya menyelubungi sebaik sahaja kita melangkah masuk untuk memanjakan diri.-drumah.
Posted by Unknown 0 comments